Thursday, December 24, 2009

~ SeCreT RecIPe ~

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, tercapai jugak niat Nurul nak buatkan kuih untuk kawan2...Actually, Nurul baru je berjinak2 buat kuih ni mase dok kat umah aritu..Nurul ambil resepi ni daripada Mak Esah dan Nurul ubah2 sikit mengikut citarasa semasa.hehehe....Kuihnya dinamakan donut.Saje je Nurul latak coklat cair dan hias sikit2.(ala2 dunkin donut)...tapi Nurul buatkan kawan2 yang biasa je,Biasalah kan, kat kolej bukan semuanya ade...Tapi Alhamdulillah, habis juga dimakan kawan2.
Resipi Donut YUYUN:
1 kg tepung gandum
1 paket yis
8 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan planta
4 biji kentang
gula
garam
minyak (untuk menggoreng)
CARA2
1. Campurkan 1 paket yis dengan sedikit garam dan gula bersama 1 cawan air suam.(diamkan sehingga berbuih)
2. Ayak tepung,masukkan susu,planta dan kentang.(Gaul sehingga rata)
3. Apabila yis berbuih,uli bersama tepung tadi.Uli sehingga lembut dan diamkan.
4. Uli tepung setiap 5-10 minit dan diamkan.(Ulang 3 kali).
5. Bentukkan kuih donut mengikut saiz yang dikehendaki.
Goreng dan hiaskan.
Topping:
1 bar coklat masakan
4 Sudu makan butter
(Bahan2 ini dicairkan atas api yang sederhana)
Inilah hasil kuih donut yang Nurul hasilkan. 1 kg tepung akan dapat dalam 60 biji.Tapi bergantung pada saiz yang dibentuk..



Selamat Mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment