Thursday, February 4, 2010

SelAwAT

Assalamualaikum....
Dah lame Nurul tak update entri blog ni...Alhamdulillah di kesempatan ini Nurul nak kongsi sedikit ilmu yang diperoleh melalui pembacaan..
Sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi, Nurul nak beritahu dulu makna selawat. Selawat adalah doa, penghormatan atau kasih daripada Allah, para Malaikat dan orang2 mukmin kepada baginda Rasulullah SAW...
Terdapat rahsia di sebalik selawat sebenarnya.
Diriwayatkan oleh al-Taimi r.a daripada Sayidina Ali Zainal Abidin Ibn Husain Ibn Ali ra beliau berkata " Di antara ciri2 ahli sunnah adalah banyak mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW."
Imam al-Busairi ra pernah berkata dalam syairnya Qasidah al Burdah, "Wahai makhluk yang paling mulia! Siapakah lagi yang akan menolongku selain engkau ketika berlakunya huru-hara yang menyeluruh (di padang mahsyar). Maka berselawatlah..."
Marilah kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW. Mudah-mudahan nabi SAW akan memberikan syafaatnya kepada kita di hari kiamat kelak ketika mana manusia sedang kepanasan dan amat memerlukan pertolongan junjungan besar Rasulullah SAW.

Saturday, January 9, 2010

~ WinD0w ShOpPinG ~

Assalamualaikum...

Semalam, Nurul ngan Che Sue p KL.Saje2 window shopping..hehehe...Kami bertolak jam 9 pagi dari KHAR.Pastu,sampai pudu kami naik LRT ke Masjid Jamek,pastu naik tren ke KL Sentral dan naik pula Komuter ke Mid Valley..hehehe..Sampai kat Mid Valley,perut pun berkeroncong dengan lagu "tanda kasih"(macam2 lah die ni).Kiteorang pun pi lah cari port yang paling best untuk menjamu selera.Dah sudah, kiteorang meneruskan agenda window shopping kami.hehe...penat jugak jalan, tapi x rase nak beli pape pun..teringat kat Stanley,Nurul pun ajak Che Sue masuk MPH Bookstore..Nak bagi Stanley hadiah..Cari punya cari,jumpa jugak buku 2.

Selesai kat Mid Valley,kami ke Masjid Jamek plak..Berjalan kaki menyusuri kedai2 yang ade..Kat sini macam2 yang kami beli..best tau...Lepas Masjid Jamek,Masjid India,Jalan TAR dan terus ke SOGO..banyak barang yang Nurul dapat kat sini..Hasil dapatan Nurul semalam ialah: sehelai T-Shirt(kaler royal blue),sepasang selipar(sebab selipar dah 2 pasang hilang),2 helai tudung(putih dan hijau),3 pasang stokin(putih,pink & biru),2 biji brooch(share ngan Che Sue coz harga die 4=RM10) dan sehelai skarf kepala (fesyen baru).hehehe....

Kami balik ke KHAR jam 6 petang..Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kolej Indah Warga Ceria ni.


Ni buku untuk Stanley...hehehe

* Bagi hadiah kat Stanley untuk menyuntik semangat die yang sedang amek kursus bahasa moden iaitu Bahasa Arab Komunikasi 1.Mane tau boleh menjadikan die berminat dengan Agama Allah ni.InsyaAllah.

Saturday, January 2, 2010

= mAIn tIMe =

Assalamualaikum....



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s. w. t kerana dengan izin-Nya, program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) pada hari ini berjalan dengan lancar. Seronok sebenarnya bila buat program ni. lagi2 yang mendapat sambutan daripada penghuni kolej.Untuk hari ni, ramai juga penghuni yang memberi kerjasama dengan JMK sepanjang program berlangsung. Program hari ini bermula pada jam 2 petang iaitu slot 'Taklimat RPA'.Petang pula, telah berlangsungnya slot JMK bersama Rexco dan ketua rumah dan malam pula adalah slot bersama YDP.
Petang tu ada 3 permainan yang dijalankan.Antaranya ialah baldi beracun dan Nurul adalah mangsa pertama.huhuhu...Siap Abu!!!hehehe...Walaubagaimanapun, program ni memang seronok dan dapat menghilangkan semua penat lelah sepanjang melaksanakan program ini.
Hari ni, Nurul ada juga kata2 yang boleh dikongsi bersama. Nurul dapat kata2 ni apabila Nurul membaca satu artikel bertajuk "Jodoh perlu dicari" yang diberi oleh seorang sahabat:
Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia,
Sedang hati pula adalah milik ALLAH swt..
Kita tak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALLAH mengkehendakinya.
Oleh itu, sentiasa kita berdoa semoga ALLAH mengurniakan cinta kasih kepada-Nya dan Rasulnya, kemudian kepada isteri dan anak2..
Aksi2 semasa main time....

semua tepuk tangan...ade ape ni????


Pass baldi tu cepat!!!!Last2 berhenti juga kat Nurul..huhuhu..

Time tengok orang kene denda....huhuhu.....

Friday, January 1, 2010

^ Pr0GraM pErtAmA ^

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah tamat seminggu Nurul menjalani kuliah.Minggu ni berlangsungnya program pertama di KHAR iaitu Minggu Mesra Mahasiswa.Program ni bermula pada 31 Disember 2009 dan akan berakhir pada 3 Januari 2010. Terdapat banyak slot yang dimuatkan dalam program ni.Buat masa ni,2 slot telah berlangsung iaitu Slot "Sweet Chocolate Day" dan Ceramah "Azam Tahun Baruku". Kedua-dua slot ni memang seronok tambahan pula dengan penceramah yang best.

Penat memang penat bile ada program macam ni. Tapi bile sesuatu program 2 dapat berjalan dengan lancar, rasa seronok akan mengatasi rasa penat tu.Ada kepuasan yang Nurul dapat daripada program tersebut.Alhamdulillah juga, sambutan daripada penghuni memang amat menggalakkan.Tak muat tempat sampai unit logistik terpaksa bentang tikar kat tepi2 foyer blok dua. Syukur....
Adakalanya orang tersalah anggap tentang barisan JMK di kolej. Tapi, kami sebenarnya telah sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada penghuni.Kami tidak minta penghormatan daripada mereka cuma kami minta mereka faham dengan bidang tugas kami. Terima Kasih kepada yang memahami kami.Kami akan menjaga kebajikan anda.Semoga kami semua ikhlas dengan tugas dan amanah yang dipikul.InsyaAllah..
Nurul nak kongsi kata2 yang diberikan oleh salah seorang sahabat JMK dari KZ..Kata2 tersebut berbunyi:
Alangkah susahnya mendidik hati..
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,
Menjadi wadah rebutan malaikat & Syaitan..
Alangkah susahnya mendidik hati..
Bila dipuji, sombong menghiasi diri,
Bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati..
Didiklah hati menuju jalan kebenaran deni mencari redha Ilahi...

Sunday, December 27, 2009

# MaCaM taK perCaye #

Assalamualaikum..........


Sekarang ni, rasa macam cepat je masa berlalu..Macam tak percaye pun ade..Rasa baru je cuti, tapi dah naik sem baru..Rasa dah tue pun ade..Kalau orang tanye sem berapa, mesti Nurul jawab sem 5,sedangkan dah masuk sem 6 sebenarnya..xnak mengaku dah tue lah tu
hehehe...
Harini 2 kelas Nurul yang takde..Biasa lah,awal2 sem ni..Jumpe ramai kawan2 yang baru balik dari kg.Ade yg semakin chubby,ade jugak yg dah berjaya menurunkan berat badan.,Macam2 ade..
Renungkan kata2 yang Nurul petik daripada satu sumber ni:
Kasih sayang harus dibalas dengan kasih sayang
Dengan itu terjalin ukhwah yang kukuh.
Berzikir dan berselawat
Usaha mendapatkan ketenteraman jiwa dan kesenangan hati
Bertaubat kepada yang maha Penyayang
disertai keikhlasan
Kejayaan yang dicapai haruslah hakiki
InsyaAllah,kebahagiaan kekal abadi

Thursday, December 24, 2009

~ SeCreT RecIPe ~

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, tercapai jugak niat Nurul nak buatkan kuih untuk kawan2...Actually, Nurul baru je berjinak2 buat kuih ni mase dok kat umah aritu..Nurul ambil resepi ni daripada Mak Esah dan Nurul ubah2 sikit mengikut citarasa semasa.hehehe....Kuihnya dinamakan donut.Saje je Nurul latak coklat cair dan hias sikit2.(ala2 dunkin donut)...tapi Nurul buatkan kawan2 yang biasa je,Biasalah kan, kat kolej bukan semuanya ade...Tapi Alhamdulillah, habis juga dimakan kawan2.
Resipi Donut YUYUN:
1 kg tepung gandum
1 paket yis
8 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan planta
4 biji kentang
gula
garam
minyak (untuk menggoreng)
CARA2
1. Campurkan 1 paket yis dengan sedikit garam dan gula bersama 1 cawan air suam.(diamkan sehingga berbuih)
2. Ayak tepung,masukkan susu,planta dan kentang.(Gaul sehingga rata)
3. Apabila yis berbuih,uli bersama tepung tadi.Uli sehingga lembut dan diamkan.
4. Uli tepung setiap 5-10 minit dan diamkan.(Ulang 3 kali).
5. Bentukkan kuih donut mengikut saiz yang dikehendaki.
Goreng dan hiaskan.
Topping:
1 bar coklat masakan
4 Sudu makan butter
(Bahan2 ini dicairkan atas api yang sederhana)
Inilah hasil kuih donut yang Nurul hasilkan. 1 kg tepung akan dapat dalam 60 biji.Tapi bergantung pada saiz yang dibentuk..



Selamat Mencuba!!!!!

Wednesday, December 23, 2009

> Pr0mOte fAv0UriTE ResTauRaNT <

Assalamualaikum.....


Dah lame sebenarnya nek menulis tentang restoran kegemaran kami sekeluarga.Nak tahu kenapa kami suka restoran ni???? Sebab utama mestilah masakan yang umphhhh...Marvelous!!!Menu yang disediakan juga lain daripada yang lain.Antaranya ayam pakkapoa,kengsom,ikan stim sambal dan macam2 lagi.Selain daripada tu, decoration kat kedai ni jugak menarik perhatian kami untuk selalu berkunjung ke restoran ni.Tambahan pula suasana yang nyaman sebab belakang restoran ni ade dusun dan restoran ni sentiasa bersih.Tempat masak dia juga terbuka,So boleh lah tengok cara chef2 ni masak..huhuhu.....
Restoran ni terletak kat jalan Muar-Parit Sulong,atau lebih dikenali dengan masyarakat setempat sebagai batu 5.Kiteorang selalu panggil "kepala lori" sebab ade astu lori lama yang dihias dan dijadikan tempat makan.Boleh panggil 'Jalan2 Cari Makan kat restoran ni.hehehe...
Ni ade sedikit gambar yang dapat mengukuhkan hujah2 saya..Check it out!!!!


Ni lah kepala lori tu.Belakang adalah tempat makan..

2 dara dan 1 mak dara yang sentiasa cover senyum walaupun perut dah berkeroncong.hehe


Its Me!!!yang tertulis kat papan tu adalah menu special restoran ni...


telur bungkus,tom yam campur,kailan ikan masin dan ikan stim sambal..sotong & udang goreng tepung belum sampai la....hehehehe


Mee Bandung yang terdapat di restoran ni.semangkuk RM5 tapi boleh makan 2 orang.Banyak!!

Sebahagian kawasan restoran..xde orang duduk sebab ujan mase ni...

Suasana restoran yang tenang dan best!!

Sape yang datang Batu Pahat,Boleh lah singgah kat restoran ni.Nanti Nurul bawak ea...