Sunday, December 27, 2009

# MaCaM taK perCaye #

Assalamualaikum..........


Sekarang ni, rasa macam cepat je masa berlalu..Macam tak percaye pun ade..Rasa baru je cuti, tapi dah naik sem baru..Rasa dah tue pun ade..Kalau orang tanye sem berapa, mesti Nurul jawab sem 5,sedangkan dah masuk sem 6 sebenarnya..xnak mengaku dah tue lah tu
hehehe...
Harini 2 kelas Nurul yang takde..Biasa lah,awal2 sem ni..Jumpe ramai kawan2 yang baru balik dari kg.Ade yg semakin chubby,ade jugak yg dah berjaya menurunkan berat badan.,Macam2 ade..
Renungkan kata2 yang Nurul petik daripada satu sumber ni:
Kasih sayang harus dibalas dengan kasih sayang
Dengan itu terjalin ukhwah yang kukuh.
Berzikir dan berselawat
Usaha mendapatkan ketenteraman jiwa dan kesenangan hati
Bertaubat kepada yang maha Penyayang
disertai keikhlasan
Kejayaan yang dicapai haruslah hakiki
InsyaAllah,kebahagiaan kekal abadi

Thursday, December 24, 2009

~ SeCreT RecIPe ~

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, tercapai jugak niat Nurul nak buatkan kuih untuk kawan2...Actually, Nurul baru je berjinak2 buat kuih ni mase dok kat umah aritu..Nurul ambil resepi ni daripada Mak Esah dan Nurul ubah2 sikit mengikut citarasa semasa.hehehe....Kuihnya dinamakan donut.Saje je Nurul latak coklat cair dan hias sikit2.(ala2 dunkin donut)...tapi Nurul buatkan kawan2 yang biasa je,Biasalah kan, kat kolej bukan semuanya ade...Tapi Alhamdulillah, habis juga dimakan kawan2.
Resipi Donut YUYUN:
1 kg tepung gandum
1 paket yis
8 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan planta
4 biji kentang
gula
garam
minyak (untuk menggoreng)
CARA2
1. Campurkan 1 paket yis dengan sedikit garam dan gula bersama 1 cawan air suam.(diamkan sehingga berbuih)
2. Ayak tepung,masukkan susu,planta dan kentang.(Gaul sehingga rata)
3. Apabila yis berbuih,uli bersama tepung tadi.Uli sehingga lembut dan diamkan.
4. Uli tepung setiap 5-10 minit dan diamkan.(Ulang 3 kali).
5. Bentukkan kuih donut mengikut saiz yang dikehendaki.
Goreng dan hiaskan.
Topping:
1 bar coklat masakan
4 Sudu makan butter
(Bahan2 ini dicairkan atas api yang sederhana)
Inilah hasil kuih donut yang Nurul hasilkan. 1 kg tepung akan dapat dalam 60 biji.Tapi bergantung pada saiz yang dibentuk..



Selamat Mencuba!!!!!

Wednesday, December 23, 2009

> Pr0mOte fAv0UriTE ResTauRaNT <

Assalamualaikum.....


Dah lame sebenarnya nek menulis tentang restoran kegemaran kami sekeluarga.Nak tahu kenapa kami suka restoran ni???? Sebab utama mestilah masakan yang umphhhh...Marvelous!!!Menu yang disediakan juga lain daripada yang lain.Antaranya ayam pakkapoa,kengsom,ikan stim sambal dan macam2 lagi.Selain daripada tu, decoration kat kedai ni jugak menarik perhatian kami untuk selalu berkunjung ke restoran ni.Tambahan pula suasana yang nyaman sebab belakang restoran ni ade dusun dan restoran ni sentiasa bersih.Tempat masak dia juga terbuka,So boleh lah tengok cara chef2 ni masak..huhuhu.....
Restoran ni terletak kat jalan Muar-Parit Sulong,atau lebih dikenali dengan masyarakat setempat sebagai batu 5.Kiteorang selalu panggil "kepala lori" sebab ade astu lori lama yang dihias dan dijadikan tempat makan.Boleh panggil 'Jalan2 Cari Makan kat restoran ni.hehehe...
Ni ade sedikit gambar yang dapat mengukuhkan hujah2 saya..Check it out!!!!


Ni lah kepala lori tu.Belakang adalah tempat makan..

2 dara dan 1 mak dara yang sentiasa cover senyum walaupun perut dah berkeroncong.hehe


Its Me!!!yang tertulis kat papan tu adalah menu special restoran ni...


telur bungkus,tom yam campur,kailan ikan masin dan ikan stim sambal..sotong & udang goreng tepung belum sampai la....hehehehe


Mee Bandung yang terdapat di restoran ni.semangkuk RM5 tapi boleh makan 2 orang.Banyak!!

Sebahagian kawasan restoran..xde orang duduk sebab ujan mase ni...

Suasana restoran yang tenang dan best!!

Sape yang datang Batu Pahat,Boleh lah singgah kat restoran ni.Nanti Nurul bawak ea...

{ sElaMaT kEmbALi }

Ahlan Wa Sahlan......
Alhamdulillah, lebih kurang jam 5 petang tadi, Nurul dah selamat sampai ke Kolej tercinta,Kolej Harun Aminurrashid.hehehe...Perjalanan hari ini agak memenatkan sebab traffic jam yang teruk di KL.Bus ke Tanjung Malim pulak lambat.Sepatutnya kul 3, tapi kul 3.35 baru gerak..
Balik2 Nurul kemas apa yang patut.Yelah, dah berapa hari tak dijenguk katil kesayangan..Saje nak bagitau,Nurul tukar bed sheet baru.Ibu yang belikan.Konon2 hadiah birthday,tapi tak tau yang ke berapa daripada ibu. Banyak dah ibu belikan hadiah.hehehe.....Terima Kasih bu...
Sesiapa yang nak tempah, boleh lah hubungi ibu saya.(Bukan ibu yang jual,tapi kalau minat ibu boleh tolong)ade yang single,king dan queen size.kain boleh pilih sendiri.Bed sheet ni ibu tempah daripada kawan kepada kawan ibu.hehehe...faham tak?Auntie ni jahit sendiri kat rumah die, banyak corak boleh pilih dan yang penting,100% cotton tau. Xpanas..
Inilah bed sheet baru yang ibu belikan tu..cantik kan?hehehe...
Terasa dah lame pulak Nurul tak berikan apa2 info pada kawan2..mari kita renungkan:
Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap2 keadaan ialah
orang yang tidak tahu apa yang dikejarkannya.

Monday, December 21, 2009

# BaItuL mUSliM #

Assalamualaikum....


Sepanjang cuti sekolah ni, ramai sepupu Nurul yang telah mendirikan Baitul Muslim..Selamat Pengantin Baru Nurul ucapkan pada Kak Noni, Abang Boy dan Kak Yam.Rasa seronok melihat mereka.Nurul juga doakan semoga Baitul Muslim yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka serta mereka akan dikurniakan anak2 yang soleh seperti yang dikehendaki-Nya. InsyaAllah.


Masa majlis Kak Noni, Nurul tak dapat nak hadir sebab masa tu Nurul sedang berprogram.(Baktisiswa Cakna Ilmu di Kg. Paya Luas Kuala Krau, Temerloh Pahang). Alhamdulillah, Nurul dapat hadir semasa kenduri di Rumah Kak Yam dan Abang Boy iaitu pada 19 & 20 Disember 2009.




Rombongan Pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.

Semasa Majlis Akad Nikah berlangsng.Abang Boy tengah menggigil tu.huhuhu


Selamat Pengantin Baru : Abang Boy dan Kak Yam
Malam sebelum hari Walimatul Urus. Mak andam sedang sedaya upaya menyiapkan pelamin. Kami tolong tengok je..hehehe..
Singgahsana Raja Sehari pihak Lelaki yang berlangsung di Hotel Pelican.Tahniah kepada Mak Andam yang efisyen...
Meja Makan Beradap/Makan Berdamai
Menunggu kehadiran Tetamu. Mak Anjang,Anjang & Kak Long
Alhamdulillah..Semuanya telah selamat dan berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada semua yang telah membantu..

Thursday, December 17, 2009

# HappY BuRfDaY #

Assalamualaikum.....


Tanggal 15 Dec aritu, genap 22 tahun umur Nurul. Alhamdulillah, Allah masih beri Nurul peluang untuk hidup di buminya ini. Walaubagaimanapun, semakin bertambah umur Nurul ni, semakin Nurul terfikir adakah Nurul dah mencapai tahap seorang muslimat seperti yang dikehendaki-Nya..Rasanya memang belum lagi..hehehe...
Nurul nak ucapkan Terima Kasih kepada rakan-rakan,sedara2 yang hantar mesej, call untuk wish kat Nurul. Terima Kasih yang tak terhingga atas doa2 yang kalian berikan pada Nurul. Harap dimakbulkan-Nya.
Di kesempatan yang ada ni juga Nurul nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1431H..
"Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan
Jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t.
Ukhwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuan,
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir,
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam Doa.."
Oklah, karang ada masa kita jumpa lagi. Daaa

Monday, December 14, 2009

^ RinDu tEruBaT ^

Assalamualaikum......


Alhamdulillah, Nurul dah selamat sampai balik kampung arini..Terubat rindu yang selama ni terpendam pada ibu abah, pada adik, pada nenek, pada mak cik2 pada sepupu2, pada bilik yang sentiasa menanti tuannya, pada bantal2 & blanket bucuk dan semualah. Hehehe...Rasanya lebih bersemangat sikit selepas tengok ibu abah.Sebenarnya sedikit rasa terkilan kerana tak dapat join Sports and Recreation Introcamp yang dianjurkan Biro Sukan dan Rekreasi KHAR. Kem tu dibuat kat Kem Nur Lembah Lenggong. Tapi mungkin ada hikmah di sebalik segala ketentuannya. Kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Macam Nurul lah, punye berangan nak mandi sungai, nak tengok keindahan sungai, keindahan alam ciptaan ALLAH, tapi akhirnya, duduk kat umah.hehehe....
Jom hayati kata2 hari ni:
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin.
Yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman, kemana pun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.
Dengan senyuman, tiada urusan yang berat dalam dunia ini.
Semuanya dapat diatasi.

Saturday, December 12, 2009

" SyUkR0n "

Alhamdulillah....

da beberape ari demam, arini rasa bertenaga sikit. InsyaAllah, esok lagi sihat.Lusa dah nak p kem kat Lenggong. Di kesempatan ini, Nurul nak ucap Terima Kasih pada kawan2 yang banyak membantu, yg ambil berat tentang nurul. Ade yang jadi tukang picit, ade yang doakan Nurul cepat sembuh n tak lupa ade juga yg delivery my favourite food (chocolate,ice cream n red watermelon) sampai pintu rumah. Terima Kasih semua ye. Saaaaaayang semua!!!!!
Ade lagu untuk u all:
I luv u,
U luv me,
We best friend like friend should be,
Theres a great big hug and a kiss from me to you,
want you say you luv me too...
* Lagu dipetik daripada kartun Barney and Friends..
Sepanjang tempoh terperok kat dalam bilik ni Alhamdulillah, banyak info yang Nurul dapat daripada sumber2 yg boleh dipercayai. Antaranya ialah larangan2 selepas makan..Baca dan ambillah manfaat daripadanya.
  1. Don't smoke - Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher)
  2. Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take friuts 1-2 hours after meal @ 1 hour before meal
  3. Don't drink tea - Bcoz tea leaves contain a high content of acid. this substane will cause the protein content in the food consume to be hardened thus difficult to digest.
  4. Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
  5. Don't Bathe - Bathing will cause the increase of food flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around stomach will therefore decrease.This wiil weaken the digestive system in our stomach.
  6. Don't walk about - People always say that after a meal walk a 100 steps & you will live till 99. In reality this is not true. Walking will case the digestive system unable to absorb nutrition from the food we intake.
  7. Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

Thursday, December 10, 2009

~ EkSpL0rAsI mEDia ~

Salam....
Alhamdulillah, arini telah berjalannya satu lagi program KHAR, Eksplorasi Media. Dalam Eksplorasi ni, kami telah dibawa ke NSTP iaitu di Shah Alam dan TV3 di Damansara. Kami bertolak pada jam 8.10 pagi dari KHAR selepas bersarapan.Makan nasi lemak free arini. Kami sampai lebih kurang jam 9.40pg di NSTP. Pegawai yang nak bagi ceramah tu pun belum sampai lagi. selepas diberi sedikit sebanyak maklumat tentang NSTP, kami dibawa melawat ke seluruh kawasan kilang percetakan. Tengoklah gambar2 mesin2 yang setia menjalankan tugas mereka saban hari,yang menjalankan rutin yang sama setiap hari.


Lambakan akhbar yang reject,kengkadang banyak, kengkadang sikit.



Beberapa pekerja yang mahir mengendalikan mesin.
Bangunan Sri Pentas yang menempatkan 4 buah stesen tv.
Rombongan dari KHAR bergambar kenangan bersama beberapa staff Media Prima.
Kami tiba di KHAR lebih kurang jam 7 ptg. Hari yang menyeronokkan sebab dapat keluar dari Tanjung Malim.hehehe.Tapi, sedikit kecewa sebab semua ingat balik 2 dapat pegi One Utama @ The Curve, tapi pak cik terus balik. Makan kat Restoran Jejantas Sungai Buloh.Bersyukurlah nak..Tak semua benda ynag kita nak akan kita dapat. kalau semuanya dapat, tak adalah nikmat dalam hidup ni. Sebelum berpisah, renungkan:
Wahai sahabat,
pergaulan kita mempengaruhi didikan otak.Pergaulan mempengaruhi kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang2 yang berbudi, yang dapat kita kutip manfaat daripadanya.-HAMKA-





Wednesday, December 9, 2009

< Di KaLa iNI >

Assalamualaikum.....

Di kala waktu-waktu xde kerja macam ni, boring pulak rase.huhuhu...Ape lagi,teringat pulak pada family, kengkawan,sanak saudara n family angkat.hehehe..Ibu asyik tanye bile nak balik.Nanti ye bu,sampai waktunye balik lah anak ibu ni. rase sedih ade jugak, sorang kawan baik dah nak bertunang. Xpe, dah sampai jodohnye, jangan tunggu2 lagi. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat,InsyaAllah. Dok cari2 barang, ternampak pulak hadia yang mak bagi aritu.Special untuk 2 orang anak mak.Nurul ngan Nana.hehehe...





Hadiah dari mak angkat: Beg Pooh, Kek Batik yang sedap & baju tidur...



Sepanjang cuti ni, daripada x buat ape2, kiteorang besukan pada waktu petang. Start jam 5.30 petang. Mula2 kiteorang warming up dengan aerobik dulu.Pastu baru main.Ade yang main bola tampar, ade yang main badminton dan ade jugak yang main ping pong. Penonton setia kiteorang,Cikgu KEMAS yang kene kursus sepanjang cuti sekolah..huhuhu..ape pun, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!!



Inilah jaguh2 bola tampar yang sebenarnya tak reti sangat pun main..hehehe..jangan marah
Arini, Nurul ade kata-kata yang sangat sesuai untuk guru,

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu,supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya.

Tuesday, December 8, 2009

# HaPPy bEc0mINg Bufrday #?


Assalamualaikum....

Firstly, nak ucap Terima Kasih kat Stanley, Priya & David coz buat suprise kat Nurul. Patut lah beriya-iya ajak pegi makan KFC.Rupa-rupanya nak buat suprise Burfday kat Nurul.Actually,lambat lagi hari lahir Nurul yang sebenarnya. Oleh kerana masa tu ada program, dieorang saje buat awal. Ape pun, thanks a lot my frend..
~Terharu pun iya jugak bila ingat umur dah nak masuk 22 ni. dah tue rupenya aku.huhuhu...Aku mula berfikir...banyak ke amal yang aku dah buat? atau banyak lagi dosa daripada amal?? Wahai sahabat, ingatkanlah aku ketika aku dalam keadaan alpa dan leka. Aku juga mahu mengecap kehidupan yang bahagia di Akhirat sana. InsyaALLAH...~
Wahai sahabat, Renungkanlah:
*Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat tisu-tisu kerana tugasnya adalah mengesat benda2 yang kotor.
*SAHABAT yang beriman ibarat mentari yang menyinar. SAHABAT yang setia bagai pewangi yang megharumkan. SAHABAT sejati menjadi pendorong impian dan SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH....
Semoga kata-kata ini dapat dimanfaatkan kita bersama.. JAZAKALLAH...

Sunday, December 6, 2009

Baktisiswa Cakna Ilmu 2009

Assalamualaikum...

kepada sahabat-sahabat,


Alhamdulillah,dengan kesempatan yang ada,nurul dapat jugak jengah blog ni. Setelah semuanya selesai. Program paling besar untuk biro perhubungan awam & antarabangsa,terlaksana jua akhirnya. Walaupun letih,nurul gembira sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur sangat. Di kesempatan yag ada ni, nak ucap terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tanpa kalian semua, siapalah saya. Nurul jugak nak minya maaf kepada sesiapa yang telah terasa hati dengan nurul sepanjang program ini berlangsung. terima kasih juga kepada Tok 4 dan AJK kamping Paya Luas yang lain. komitmen anda amat saya hargai.




Pada 1.12.2009, seramai 17 orang peserta baktisiswa yang merupakan 1st group datang ke kg. paya Luas untuk membereskan beberapa perkara sebelum kedatangan peserta yang lain.

Geng yang datang awal membersihkan kerusi untuk majlis perasmian pembukaan.

pada 2.12 pula, lagi 73 orang peserta besama seorang felo datang ke kg. Paya Luas untuk memulakan program Baktisiswa Cakna Ilmu 2009. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke destinasi. diam tak diam, sekejap je masa berlalu. 6.12, kami semua telah pulang semula ke KHAR. banyak pengalaman yang telah berjaya dikutip sepanjang program berlangsung.

ni keluarga angkat. dari kiri: nurul,adik,k.long,mak,angah,nana
sesi kacau dodol bersama penduduk kg. sedap tau dodol yang kami kacau ni.huhu
sudut mini libraryku yang telah berjaya direalitikan Alhamdulillah...

Dikir Barat daripada JMK KHAR pada Malam Seribu Memori..huhuhu

Adik angkat Atau. nama die johnny.manje sangat2.