Rasanya belum terlambat untuk Nurul ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...Dalam bulan Lailatul Qadar ni, marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah untuk merebut janji Allah iaitu amalan yang kita lakukan akan dilipatgandakan pahalanya..Jangan ponteng puasa taw....Banyakkan juga berdoa kerana Allah suka kepada hamba-Nya yang merintih kepada-Nya.
Bukan nak bertazkirah, Nurul nak share je dengan kawan-kawan dan kita juga perlu saling ingat-mengingati sesama kita.Nurul ada beberapa petikan Sabda Rasulullah s.a.w berkenaan bulan Ramadhan ini..
1)Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang melakukan satu fardhu pada bulan Ramadhan itu,adalah dia sebagai seorang yang telah melakukan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya".
2)Sabda Rasulullah s.a.w : "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan(maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan daripada api neraka".
3) Nabi Muhammad pernah bersabda : "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama ketika waktu berbuka puasa dan keduanya ketika menghadap ILAHI
Ok, yang baik itu datangnya daripada ALLAH s.w.t dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri Nurul sendiri. Semoga bertemu kembali,InsyaAllah...