Sunday, December 6, 2009

Baktisiswa Cakna Ilmu 2009

Assalamualaikum...

kepada sahabat-sahabat,


Alhamdulillah,dengan kesempatan yang ada,nurul dapat jugak jengah blog ni. Setelah semuanya selesai. Program paling besar untuk biro perhubungan awam & antarabangsa,terlaksana jua akhirnya. Walaupun letih,nurul gembira sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur sangat. Di kesempatan yag ada ni, nak ucap terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tanpa kalian semua, siapalah saya. Nurul jugak nak minya maaf kepada sesiapa yang telah terasa hati dengan nurul sepanjang program ini berlangsung. terima kasih juga kepada Tok 4 dan AJK kamping Paya Luas yang lain. komitmen anda amat saya hargai.




Pada 1.12.2009, seramai 17 orang peserta baktisiswa yang merupakan 1st group datang ke kg. paya Luas untuk membereskan beberapa perkara sebelum kedatangan peserta yang lain.

Geng yang datang awal membersihkan kerusi untuk majlis perasmian pembukaan.

pada 2.12 pula, lagi 73 orang peserta besama seorang felo datang ke kg. Paya Luas untuk memulakan program Baktisiswa Cakna Ilmu 2009. Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke destinasi. diam tak diam, sekejap je masa berlalu. 6.12, kami semua telah pulang semula ke KHAR. banyak pengalaman yang telah berjaya dikutip sepanjang program berlangsung.

ni keluarga angkat. dari kiri: nurul,adik,k.long,mak,angah,nana
sesi kacau dodol bersama penduduk kg. sedap tau dodol yang kami kacau ni.huhu
sudut mini libraryku yang telah berjaya direalitikan Alhamdulillah...

Dikir Barat daripada JMK KHAR pada Malam Seribu Memori..huhuhu

Adik angkat Atau. nama die johnny.manje sangat2.

1 comment:

  1. Setinggi-tinggi tahniah kpd Nurul kerana berjaya memimpin program ini hingga menjadikan antara program yang terbaik serta menjadi memori yang tidak akan dilupakan di kampung ini.

    ReplyDelete