Friday, January 1, 2010

^ Pr0GraM pErtAmA ^

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah tamat seminggu Nurul menjalani kuliah.Minggu ni berlangsungnya program pertama di KHAR iaitu Minggu Mesra Mahasiswa.Program ni bermula pada 31 Disember 2009 dan akan berakhir pada 3 Januari 2010. Terdapat banyak slot yang dimuatkan dalam program ni.Buat masa ni,2 slot telah berlangsung iaitu Slot "Sweet Chocolate Day" dan Ceramah "Azam Tahun Baruku". Kedua-dua slot ni memang seronok tambahan pula dengan penceramah yang best.

Penat memang penat bile ada program macam ni. Tapi bile sesuatu program 2 dapat berjalan dengan lancar, rasa seronok akan mengatasi rasa penat tu.Ada kepuasan yang Nurul dapat daripada program tersebut.Alhamdulillah juga, sambutan daripada penghuni memang amat menggalakkan.Tak muat tempat sampai unit logistik terpaksa bentang tikar kat tepi2 foyer blok dua. Syukur....
Adakalanya orang tersalah anggap tentang barisan JMK di kolej. Tapi, kami sebenarnya telah sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada penghuni.Kami tidak minta penghormatan daripada mereka cuma kami minta mereka faham dengan bidang tugas kami. Terima Kasih kepada yang memahami kami.Kami akan menjaga kebajikan anda.Semoga kami semua ikhlas dengan tugas dan amanah yang dipikul.InsyaAllah..
Nurul nak kongsi kata2 yang diberikan oleh salah seorang sahabat JMK dari KZ..Kata2 tersebut berbunyi:
Alangkah susahnya mendidik hati..
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan,
Menjadi wadah rebutan malaikat & Syaitan..
Alangkah susahnya mendidik hati..
Bila dipuji, sombong menghiasi diri,
Bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati..
Didiklah hati menuju jalan kebenaran deni mencari redha Ilahi...

No comments:

Post a Comment