Saturday, January 2, 2010

= mAIn tIMe =

Assalamualaikum....



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s. w. t kerana dengan izin-Nya, program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) pada hari ini berjalan dengan lancar. Seronok sebenarnya bila buat program ni. lagi2 yang mendapat sambutan daripada penghuni kolej.Untuk hari ni, ramai juga penghuni yang memberi kerjasama dengan JMK sepanjang program berlangsung. Program hari ini bermula pada jam 2 petang iaitu slot 'Taklimat RPA'.Petang pula, telah berlangsungnya slot JMK bersama Rexco dan ketua rumah dan malam pula adalah slot bersama YDP.
Petang tu ada 3 permainan yang dijalankan.Antaranya ialah baldi beracun dan Nurul adalah mangsa pertama.huhuhu...Siap Abu!!!hehehe...Walaubagaimanapun, program ni memang seronok dan dapat menghilangkan semua penat lelah sepanjang melaksanakan program ini.
Hari ni, Nurul ada juga kata2 yang boleh dikongsi bersama. Nurul dapat kata2 ni apabila Nurul membaca satu artikel bertajuk "Jodoh perlu dicari" yang diberi oleh seorang sahabat:
Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia,
Sedang hati pula adalah milik ALLAH swt..
Kita tak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALLAH mengkehendakinya.
Oleh itu, sentiasa kita berdoa semoga ALLAH mengurniakan cinta kasih kepada-Nya dan Rasulnya, kemudian kepada isteri dan anak2..
Aksi2 semasa main time....

semua tepuk tangan...ade ape ni????


Pass baldi tu cepat!!!!Last2 berhenti juga kat Nurul..huhuhu..

Time tengok orang kene denda....huhuhu.....

No comments:

Post a Comment