Sunday, December 27, 2009

# MaCaM taK perCaye #

Assalamualaikum..........


Sekarang ni, rasa macam cepat je masa berlalu..Macam tak percaye pun ade..Rasa baru je cuti, tapi dah naik sem baru..Rasa dah tue pun ade..Kalau orang tanye sem berapa, mesti Nurul jawab sem 5,sedangkan dah masuk sem 6 sebenarnya..xnak mengaku dah tue lah tu
hehehe...
Harini 2 kelas Nurul yang takde..Biasa lah,awal2 sem ni..Jumpe ramai kawan2 yang baru balik dari kg.Ade yg semakin chubby,ade jugak yg dah berjaya menurunkan berat badan.,Macam2 ade..
Renungkan kata2 yang Nurul petik daripada satu sumber ni:
Kasih sayang harus dibalas dengan kasih sayang
Dengan itu terjalin ukhwah yang kukuh.
Berzikir dan berselawat
Usaha mendapatkan ketenteraman jiwa dan kesenangan hati
Bertaubat kepada yang maha Penyayang
disertai keikhlasan
Kejayaan yang dicapai haruslah hakiki
InsyaAllah,kebahagiaan kekal abadi

Thursday, December 24, 2009

~ SeCreT RecIPe ~

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, tercapai jugak niat Nurul nak buatkan kuih untuk kawan2...Actually, Nurul baru je berjinak2 buat kuih ni mase dok kat umah aritu..Nurul ambil resepi ni daripada Mak Esah dan Nurul ubah2 sikit mengikut citarasa semasa.hehehe....Kuihnya dinamakan donut.Saje je Nurul latak coklat cair dan hias sikit2.(ala2 dunkin donut)...tapi Nurul buatkan kawan2 yang biasa je,Biasalah kan, kat kolej bukan semuanya ade...Tapi Alhamdulillah, habis juga dimakan kawan2.
Resipi Donut YUYUN:
1 kg tepung gandum
1 paket yis
8 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan planta
4 biji kentang
gula
garam
minyak (untuk menggoreng)
CARA2
1. Campurkan 1 paket yis dengan sedikit garam dan gula bersama 1 cawan air suam.(diamkan sehingga berbuih)
2. Ayak tepung,masukkan susu,planta dan kentang.(Gaul sehingga rata)
3. Apabila yis berbuih,uli bersama tepung tadi.Uli sehingga lembut dan diamkan.
4. Uli tepung setiap 5-10 minit dan diamkan.(Ulang 3 kali).
5. Bentukkan kuih donut mengikut saiz yang dikehendaki.
Goreng dan hiaskan.
Topping:
1 bar coklat masakan
4 Sudu makan butter
(Bahan2 ini dicairkan atas api yang sederhana)
Inilah hasil kuih donut yang Nurul hasilkan. 1 kg tepung akan dapat dalam 60 biji.Tapi bergantung pada saiz yang dibentuk..



Selamat Mencuba!!!!!

Wednesday, December 23, 2009

> Pr0mOte fAv0UriTE ResTauRaNT <

Assalamualaikum.....


Dah lame sebenarnya nek menulis tentang restoran kegemaran kami sekeluarga.Nak tahu kenapa kami suka restoran ni???? Sebab utama mestilah masakan yang umphhhh...Marvelous!!!Menu yang disediakan juga lain daripada yang lain.Antaranya ayam pakkapoa,kengsom,ikan stim sambal dan macam2 lagi.Selain daripada tu, decoration kat kedai ni jugak menarik perhatian kami untuk selalu berkunjung ke restoran ni.Tambahan pula suasana yang nyaman sebab belakang restoran ni ade dusun dan restoran ni sentiasa bersih.Tempat masak dia juga terbuka,So boleh lah tengok cara chef2 ni masak..huhuhu.....
Restoran ni terletak kat jalan Muar-Parit Sulong,atau lebih dikenali dengan masyarakat setempat sebagai batu 5.Kiteorang selalu panggil "kepala lori" sebab ade astu lori lama yang dihias dan dijadikan tempat makan.Boleh panggil 'Jalan2 Cari Makan kat restoran ni.hehehe...
Ni ade sedikit gambar yang dapat mengukuhkan hujah2 saya..Check it out!!!!


Ni lah kepala lori tu.Belakang adalah tempat makan..

2 dara dan 1 mak dara yang sentiasa cover senyum walaupun perut dah berkeroncong.hehe


Its Me!!!yang tertulis kat papan tu adalah menu special restoran ni...


telur bungkus,tom yam campur,kailan ikan masin dan ikan stim sambal..sotong & udang goreng tepung belum sampai la....hehehehe


Mee Bandung yang terdapat di restoran ni.semangkuk RM5 tapi boleh makan 2 orang.Banyak!!

Sebahagian kawasan restoran..xde orang duduk sebab ujan mase ni...

Suasana restoran yang tenang dan best!!

Sape yang datang Batu Pahat,Boleh lah singgah kat restoran ni.Nanti Nurul bawak ea...

{ sElaMaT kEmbALi }

Ahlan Wa Sahlan......
Alhamdulillah, lebih kurang jam 5 petang tadi, Nurul dah selamat sampai ke Kolej tercinta,Kolej Harun Aminurrashid.hehehe...Perjalanan hari ini agak memenatkan sebab traffic jam yang teruk di KL.Bus ke Tanjung Malim pulak lambat.Sepatutnya kul 3, tapi kul 3.35 baru gerak..
Balik2 Nurul kemas apa yang patut.Yelah, dah berapa hari tak dijenguk katil kesayangan..Saje nak bagitau,Nurul tukar bed sheet baru.Ibu yang belikan.Konon2 hadiah birthday,tapi tak tau yang ke berapa daripada ibu. Banyak dah ibu belikan hadiah.hehehe.....Terima Kasih bu...
Sesiapa yang nak tempah, boleh lah hubungi ibu saya.(Bukan ibu yang jual,tapi kalau minat ibu boleh tolong)ade yang single,king dan queen size.kain boleh pilih sendiri.Bed sheet ni ibu tempah daripada kawan kepada kawan ibu.hehehe...faham tak?Auntie ni jahit sendiri kat rumah die, banyak corak boleh pilih dan yang penting,100% cotton tau. Xpanas..
Inilah bed sheet baru yang ibu belikan tu..cantik kan?hehehe...
Terasa dah lame pulak Nurul tak berikan apa2 info pada kawan2..mari kita renungkan:
Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap2 keadaan ialah
orang yang tidak tahu apa yang dikejarkannya.

Monday, December 21, 2009

# BaItuL mUSliM #

Assalamualaikum....


Sepanjang cuti sekolah ni, ramai sepupu Nurul yang telah mendirikan Baitul Muslim..Selamat Pengantin Baru Nurul ucapkan pada Kak Noni, Abang Boy dan Kak Yam.Rasa seronok melihat mereka.Nurul juga doakan semoga Baitul Muslim yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka serta mereka akan dikurniakan anak2 yang soleh seperti yang dikehendaki-Nya. InsyaAllah.


Masa majlis Kak Noni, Nurul tak dapat nak hadir sebab masa tu Nurul sedang berprogram.(Baktisiswa Cakna Ilmu di Kg. Paya Luas Kuala Krau, Temerloh Pahang). Alhamdulillah, Nurul dapat hadir semasa kenduri di Rumah Kak Yam dan Abang Boy iaitu pada 19 & 20 Disember 2009.




Rombongan Pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.

Semasa Majlis Akad Nikah berlangsng.Abang Boy tengah menggigil tu.huhuhu


Selamat Pengantin Baru : Abang Boy dan Kak Yam
Malam sebelum hari Walimatul Urus. Mak andam sedang sedaya upaya menyiapkan pelamin. Kami tolong tengok je..hehehe..
Singgahsana Raja Sehari pihak Lelaki yang berlangsung di Hotel Pelican.Tahniah kepada Mak Andam yang efisyen...
Meja Makan Beradap/Makan Berdamai
Menunggu kehadiran Tetamu. Mak Anjang,Anjang & Kak Long
Alhamdulillah..Semuanya telah selamat dan berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada semua yang telah membantu..

Thursday, December 17, 2009

# HappY BuRfDaY #

Assalamualaikum.....


Tanggal 15 Dec aritu, genap 22 tahun umur Nurul. Alhamdulillah, Allah masih beri Nurul peluang untuk hidup di buminya ini. Walaubagaimanapun, semakin bertambah umur Nurul ni, semakin Nurul terfikir adakah Nurul dah mencapai tahap seorang muslimat seperti yang dikehendaki-Nya..Rasanya memang belum lagi..hehehe...
Nurul nak ucapkan Terima Kasih kepada rakan-rakan,sedara2 yang hantar mesej, call untuk wish kat Nurul. Terima Kasih yang tak terhingga atas doa2 yang kalian berikan pada Nurul. Harap dimakbulkan-Nya.
Di kesempatan yang ada ni juga Nurul nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1431H..
"Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu dan
Jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah s.w.t.
Ukhwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuan,
Bukan juga pada manisnya ucapan di bibir,
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam Doa.."
Oklah, karang ada masa kita jumpa lagi. Daaa

Monday, December 14, 2009

^ RinDu tEruBaT ^

Assalamualaikum......


Alhamdulillah, Nurul dah selamat sampai balik kampung arini..Terubat rindu yang selama ni terpendam pada ibu abah, pada adik, pada nenek, pada mak cik2 pada sepupu2, pada bilik yang sentiasa menanti tuannya, pada bantal2 & blanket bucuk dan semualah. Hehehe...Rasanya lebih bersemangat sikit selepas tengok ibu abah.Sebenarnya sedikit rasa terkilan kerana tak dapat join Sports and Recreation Introcamp yang dianjurkan Biro Sukan dan Rekreasi KHAR. Kem tu dibuat kat Kem Nur Lembah Lenggong. Tapi mungkin ada hikmah di sebalik segala ketentuannya. Kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Macam Nurul lah, punye berangan nak mandi sungai, nak tengok keindahan sungai, keindahan alam ciptaan ALLAH, tapi akhirnya, duduk kat umah.hehehe....
Jom hayati kata2 hari ni:
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin.
Yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman, kemana pun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.
Dengan senyuman, tiada urusan yang berat dalam dunia ini.
Semuanya dapat diatasi.